Beri Rasuah Dengan Nama Allah Tidak Menghalalkan “Dosa”

Oleh Norzahira

BUKAN lagi rahsia Parti Islam Se-Malaysia sering mengeluarkan bermacam-macam fatwa dan pandangan untuk menghalalkan “dosa” mereka. Tindakan tersebut dilihat sangat tidak beretika dan memalukan agama Islam yang Maha Suci.

Isu PAS memberi rasuah sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 terbongkar apabila bukti video dan bukti bergambar viral di merata-rata media sosial dan media arus perdana.



Apabila perkara ini sudah diketahui umum, kini para pemimpin PAS dilihat cuba menghalalkan dosa tersebut dengan bermacam-macam pandangan. Mereka bukan sahaja cuba memperbodohkan pengikut tegar PAS malah mereka juga seolah-olah mahu memperbodohkan SPRM, SPR dan rakyat Malaysia.

Beberapa pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari tanpa rasa berdosa mempertahankan kenyataan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa sumbangan individu ketika kempen PRU15 lalu sebagai sedekah.

Matlamat untuk menang tidak menghalalkan cara walaupun PAS cuba mempergunakan nama Allah s.w.t. Tindakan “menunggang Agama” untuk kepentingan politik jijik mereka semakin terserlah sejak PAS “tidur sebantal” dengan Perikatan Nasional(PN).



Mungkinkah ini kifarah keatas PAS. Pemimpin PAS sangat gemar menuduh orang lain terbabit rasuah dan menganggap diri mereka suci bersih walaupun sebenarnya banyak “kudis” dikalangan pemimpin PAS sendiri.

Tanpa segan silu dan rasa malu puak-puak PAS merasuah pengundi dengan menggunakan nama Allah. Mungkin Allah SWT ingin membuka dan tunjukkan kebatilan parti PAS yang menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik selama ini.

Kini PAS dilihat semakin sesat dari lari dari perjuangan yang kononnya menjadi pegangan mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker