Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri

Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri

SHARIFAH SAKINAH buat hal lagi nampaknya. Kali ini pelakon yang dikenali dengan perwatakan ‘gila-gila’ itu menarik perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video melakukan cabaran menggunakan payudaranya.

Nampaknya Sakinah memang sudah tidak peduli lagi dengan kecaman netizen apabila berani melakukan cabaran yang dianggap memalukan diri sendiri itu.

Cabaran yang dilakukan Sakinah memang pernah tular sebelum ini dan menjadi ikutan wanita dalam TikTok untuk membuktikan saiz dan keupayaan payudara mereka.

Dalam video tersebut, Sakinah berkongsi video wanita yang berjaya mengepit bakul menggunakan payudara.

Enggan ketinggalan, Sakinah juga mahu melakukan perkara sama dan sekadar menggunakan cawan, namun itu tidak berjaya.

Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat Sakinah dan memuji personalitinya yang menjadi diri sebenar.

“Lawak! Aku tak berhenti ketawa,” kata seorang pengguna Instagram.

Tapi sebab dah buat perkara tidak senonoh, Sakinah memang tidak boleh lari daripada dikecam netizen.

“Zaman sekarang dah tak ada rasa segan silu,” kata seorang lagi netizen.

Entahlah, mungkin dengan cara sebegitu Sakinah rasa bahagia. K Online

Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker