Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad

Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyarankan parti itu memberi peluang kepada bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bertanding di DUN Rantau dan menjadi “poster boy” calon menteri besar Negeri Sembilan.

Puad Zarkashi berkata bahawa Umno boleh memilih pendekatan itu sementara menunggu pilihan raya umum ke-16 (PRU16).

“Sementara menunggu PRU ke 16, amat wajar KJ (Khairy Jamaluddin) diberi peluang bertanding di DUN Rantau dan menjadi poster boy calon menteri besar Negeri Sembilan.

“BN juga mesti kembali menyusun barisan meneruskan pertempuran di enam negeri dalam pilihanraya DUN tahun hadapan,” katanya di Facebook.

Khairy yang bertanding di Sungai Buloh tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) R Ramanan dengan majoriti 2,693 .

Sebelum ini, Khairy menyandang Parlimen Rembau selama tiga penggal. Beliau diminta memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan. FMT

Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

https://mykmu.net/2022/11/17/tiket-konsert-blackpink-di-malaysia-sold-out-dalam-masa-30-

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker