Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN

#PRU15

Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN

Tindakan Pakatan Harapan (PH) untuk menyiasat perbelanjaan sebanyak RM500 bilion dalam tempoh 17 bulan Perikatan Nasional (PN) memerintah ada asasnya.

Ia kerana, ketika PN menjadi kerajaan, ia telah meletakkan Malaysia dalam darurat, menjadikan negara ini satu-satunya dalam dunia menggantung Parlimen paling lama.



Malah, satu ordinan baharu yang menggunakan kuasa darurat juga telah diwartakan untuk membenarkan kerajaan berbelanja tanpa kelulusan Parlimen atau wakil rakyat.

“Ramai sudah lupa ordinan luar biasa ini,” kata pengendali Facebook milik Datuk Seri Najib Razak sambil mengakui PN mempunyai dana PRU15 yang luar biasa besar.

Tambahnya, disebabkan itu, banyak projek dan kontrak diberikan secara rundingan terus ketika itu atas alasan Covid-19.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar mendakwa PN merupakan parti politik paling kaya ketika kerana mendapat kontrak berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.



Dakwa Anwar, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika itu, banyak projek dikeluarkan tanpa tender kepada pihak tertentu.

Berucap ketika ceramah di Bagan Datuk, Perak, Anwar dilapor mendakwa projek tersebut termasuk kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) yang menjadi pemegang tunggal lesen 5G bernilai RM18 bilion.

Manakala calon PH Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari berkata, PH akan menyiasat Muhyiddin sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada PRU15 berhubung perbelanjaan RM500 bilion ketika pandemik melanda negara.

Katanya, peruntukan terbabit perlu disiasat kerana amat besar dan meskipun dikatakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik CovidD-19.



Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau tidak bimbang atau takut jika ada pihak mahu menyiasatnya kerana semua perbelanjaan dibuat mengikut dasar perolehan ditetapkan. MG

Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker