Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail

#PRU15

Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan ketiadaan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam Kabinet sepanjang empat tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, sebab itu beliau sanggup turun padang sehingga ke Parlimen Titiwangsa untuk memberi sokongan kepada Johari selaku calon Barisan Nasional (BN).



“Sebab apa saya datang juga Keramat walaupun penat? Sebab saya nak bersama anak-anak Keramat untuk memastikan Johari menang.

“Kita perlukan pemimpin seperti Johari. Kabinet kerugian kerana tiada pemimpin pakar ekonomi seperti Johari.

“Namun, kita pastikan Johari menang dulu, kalau tak menang macam mana nak lantik. Pastikan Johari menang,” katanya ketika Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di Titiwangsa hari ini.

Katanya, pengundi perlu bijak membuat perbandingan antara Johari dengan calon lain.



“Kita mesti buat perbandingan calon yang bertanding, calon mana yang diharapkan boleh berkhidmat kepada kita.

“Tak guna pilih calon, akhirnya sampai empat tahun tak jumpa kita, tak bantu kita. Kita nak calon boleh harapkan untuk membela kita.

“Bayangkan tak menang dalam PRU, tapi Johari empat tahun lebih menjaga tuan-tuan, puan-puan dan saudara saudari sekalian.

“Yang menang, hilang dan kalau calon parti tersebut menang lagi, hilang lagi. Yang rugi saudara saudari di Keramat,” katanya. Utusan



Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker