Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH

#PRU15

Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH

Rakyat negara ini yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diharap tidak melupakan peranan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bersekongkol dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana parti itu turut terpalit dosa kerana menjadi sebahagian gabungan PH yang merangka manifesto yang tidak ditepati kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi BN itu juga berkata, Bersatu juga yang menghasut pengundi untuk menumbangkan kerajaan BN walaupun mentadbir negara lebih 60 tahun dengan baik dan cemerlang.

“Itu yang saya cakapkan, jangan lupa Bersatu juga adalah sebahagian daripda PH. Dia juga yang merangka manifesto yang tidak ditepati.

“Tetapi orang lupa Bersatu sudah keluar dari PH dan adalah pengkhianat,” katanya pada sidang media BN Comms di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kempen yang meminta mengundi PN sebagai pilihan kepada PH walaupun Bersatu pernah berada dalam kerajaan PH sebelum ini.

Mohamad juga mengingatkan rakyat Kerajaan BN jatuh kerana hasutan fitnah oleh Bersatu sebelum PRU14.

“Bersatu jangan ingat tiada dosa dan orang mesti ingat bahawa mereka adalah sebahagian daripda PH.

“Dan sekarang masuk PN macam tidak ada apa-apa dan suci. Padahal merekalah bersama PH dulu,” katanya. MG

Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker