Saya sedia berdebat – Johari

#PRU15

Saya sedia berdebat – Johari

Calon Barisan Nasional (BN) Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ‘tidak hairan’ sekiranya kerusi Debat Wilayah yang disediakan untuknya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malam ini kosong.

Tegasnya, beliau tiada masalah untuk berdebat dengan sesiapa pun tetapi haruslah disusun dengan baik supaya mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak sebelum ia dihebahkan kepada semua termasuk di media sosial.

Johari menambah, sekarang bukanlah masa yang sesuai memandangkan semua pihak kini sedang sibuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya ini biasa debat dengan orang, dengan Rafizi (Rafizi Ramli) pun saya berani luangkan masa secara langsung lebih kurang satu jam di televisyen dengan 2.6 juta penonton, tak ada masalah. Kita bertukar- tukar pemikiran.

“Tetapi hari ini orang tengah berkempen, kita nak berikan sebanyak mungkin penerangan kepada setiap segmen masyarakat. Kalau you nak organise debat, boleh, tapi you plan properly.WhatsApp-Image-2022-11-13-at-4

“Ini you pergi advertise dulu dua, tiga hari, lepas tu dia cerita nak debat. Lepas tu dia nakkan orang pergi dia punya Facebook. Tiada masalah, tetapi saya ampunkanlah. You faham tak? Itu je.

“Biasalah budak-budak panjat pokok rambutan. Jangan jadikan isu. Dia nak debat malam ini ke, malam esok ke, nak letak kerusi kosong, biarkanlah. Mereka tidak berfikiran matang,” ujarnya.

Terdahulu, terdapat sebuah NGO menguar-uarkan di media sosial berhubung acara debat terbuka antara Johari dengan Khalid Abd Samad yang dikenali sebagai ‘Debat Wilayah: Kelangsungan Hidup Anak Muda, Apa Masa Depan Mereka’.

Debat Wilayah itu dijadualkan akan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman malam ini pada pukul 8.30 malam. MG

Saya sedia berdebat – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker