Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15

Abang Johari Openg yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak menyelar Perikatan Nasional kerana mungkir janjinya tidak bertanding di kerusi Sarawak pada pilihan raya umum ke-15.

Beliau dipetik Borneo Post sebagai berkata, gabungan itu melanggar perjanjian antara kedua-dua parti.

Ketika krisis politik di Semenanjung Malaysia, Abang Johari berkata, PN meminta bantuan GPS untuk menyokong gabungan itu apabila Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri.

“Tetapi kini, pilihan raya sudah tiba dan mereka memutuskan untuk menghantar empat calon bertanding menentang GPS. Janji perlu ditepati,” katanya dalam satu majlis.

Beliau berkata, hanya melalui parti tempatan Sarawak, kerajaan dapat melindungi kepentingan negeri itu.

“Tidak ada kompromi. Jika anda datang, kami akan lawan anda demi masa depan generasi muda kami.”

Rabu lalu, PN mengumumkan ia akan bertanding empat kerusi Parlimen di Sarawak, iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.

Abang Johari turut menggesa pengundi Lubok Antu membuat pilihan tepat kerana GPS akan memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu.

Rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 Nov ini, dengan pengundian awal pada 15 Nov.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker