Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh

Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh

Langkah Barisan Nasional (BN) Selangor menampilkan calon daripada pelbagai lapisan kepimpinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memberi gambaran kepada rakyat negeri ini bahawa parti itu sedang membuat perubahan.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pada PRU-15, parti itu akan bertanding di kesemua 22 Parlimen yang mana UMNO meletakkan calon di 10 kawasan, manakala lapan calon MCA, tiga calon MIC serta seorang calon Friends of BN iaitu Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Katanya, 22 calon yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan termasuk tokoh muda dan calon popular serta bukan calon penyandang.



“Ada yang memang terkenal dan muka baharu seperti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan yang akan bertanding di Kuala Selangor, selain Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh dan tokoh popular di media sosial yang akan bertanding di Shah Alam iaitu Hizatul Isham Abdul Jalil.

“Saya harap gabungan ini dapat berikan gambaran serta persepsi pada rakyat Selangor bahawa BN sedang membuat perubahan untuk pastikan 22 kawasan di negeri ini dapat kita menangi.

“Saya juga berharap anda (gabungan muka baharu) menjadi ikon kepada pengundi termasuk pengundi muda supaya mereka kembali menyokong BN pada PRU-15 ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Noh berkata, terdapat tiga pertukaran kerusi yang dilakukan selepas perbincangan dilakukan antara parti komponen iaitu kerusi Kapar dan Sungai Buloh yang sebelum ini ditandingi MIC diberikan kepada UMNO.



Katanya, Kuala Langat yang sebelum ini adalah kerusi UMNO pula diberi kepada MIC dan Parlimen Puchong yang sebelum ini ditandingi GERAKAN diberikan kepada KIMMA.

Noh berkata, pada PRU14 hanya satu kerusi di Selangor yang dimenangi BN iaitu Tanjong Karang, justeru dengan 22 muka baharu yang dipilih, parti itu berharap akan memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi.

“Pada tahun 2004, kita menang 100 peratus kerusi di Selangor dan tidak mustahil ia berulang sekiranya pendekatan dan cara kempen kita bergerak bagus.

“Calon juga sudah bertukar, tiada lagi penyandang yang akan bertanding jadi sekurang-kurangnya kalau dapat 10 (kerusi) amat membanggakan kita,” katanya.



Dalam pada itu, media melaporkan bahawa Noh sah tidak dicalonkan di Tanjong Karang dan digantikan Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Noh berkata, beliau sudah enam penggal menjadi Ahli Parlimen dan mencipta sejarah di Selangor justeru beliau berharap perubahan tidak dicalonkan akan mendatangkan lebih kejayaan kepada BN. BH

Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker