Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir

#PRU15

Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir

“Saya tidak akan beri laluan sekiranya Tan Sri Annuar Musa mahu bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Ketereh.

“Sekiranya saya berbuat demikian, saya sudah munafik dengan diri sendiri,” kata bakal calon PN di Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B), Datuk Khlir Mohd Nor.

Walaupun Annuar adalah sahabatnya dan sekiranya penyandang Parlimen Ketereh itu tetap mahu bertanding di Ketereh, biarlah bertanding secara sihat.

“Jika Annuar tetap mahu bertanding mungkin dia boleh bertanding atas tiket Bebas. Saya tidak akan memberi peluang bagi pihak PN kerana nama saya sudah dipersetujui kedua-dua parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

“Sekiranya saya memberi peluang, ia adalah perbuatan munafik selain menjejaskan imej kepada diri saya sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Annuar yang dikatakan tidak dicalonkan di Parlimen Ketereh memberi bayangan akan tetap bertanding di Parlimen berkenaan namun atas tiket parti lain.

Mengulas lanjut Khlir berkata, beliau dimaklumkan akan dicalonkan di Parlimen Ketereh sejak seminggu lalu apabila dihubungi oleh Datuk Dr Radzi Jidin.

“Saya akui memang terkejut mendapat tawaran berkenaan memandangkan saya bukan orang politik, sedangkan ramai orang berebut untuk menjadi calon.

“Datuk Radzi memaklumkan pimpinan PN mahu saya menjadi calon PN di Parlimen Ketereh dan saya sahut cabaran itu. Sejak seminggu lalu, saya sudah turun padang bertemu penduduk.

“Walaupun saya seperti bidang terjun oleh PN di Parlimen Ketereh, saya yakin mampu menarik undi warga Ketereh terutama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandangkan pengalaman saya sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Perisikan Tentera Darat.

“Selain itu saya memang anak jati Ketereh dan saya mempunyai ramai saudara mara,” katanya. BH

Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker