Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin

#PRU15

Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin

Penyandang Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada Umno berhubung keputusan sama ada beliau boleh mempertahankan kerusinya bawah tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Enggan mengulas lanjut, Khairuddin berkata ketika ini beliau membantu untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Wallahualam, terserah pada Umno pusat. Kena rujuk pada mereka.

“Tugasan saya untuk berkempen semaksimumnya untuk memenangkan BN. Saya sedang turun di Kedah, esok ke Lumut, Pasir Salak dan turun ke Pahang bantu menteri besar Pahang,” katanya.

Khairuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media bahawa beliau dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket BN.

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu turut dikhabarkan akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat.

Ketika ditanya sama ada Umno berjumpanya berhubung kerusi berkenaan, Khairuddin hanya memberi jawapan ringkas dan enggan mengulas perkara itu.

Mengenai kesediaannya untuk menyertai Umno, Khairuddin berkata “ia isu yang tidak berbangkit”.

“Wallahualam, yang penting saya buat kerja untuk beri kemenangan, halang Pakatan Harapan berkuasa,” katanya.

BN dijadual mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRU15 di Kuala Lumpur malam ini. FMT

Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker