Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh

Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh

KULIM: Dua wanita tempatan dicekup berkhalwat dengan dua lelaki Bangladesh oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dalam bilik berasingan susulan pemeriksaan terhadap sebuah rumah tumpangan dekat Lunas, hari ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata pihaknya dengan bantuan polis, melakukan pemeriksaan terhadap rumah tumpangan terbabit selepas menerima maklumat awam.



Beliau berkata, pemeriksaan terhadap bilik pertama pada jam 11.30 pagi mendapati, seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak itu, ditemui berdua-duaan dengan seorang lelaki Bangladesh.

“Wanita berusia 38 tahun itu menetap di daerah Kulim dan mendakwa memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan hari ini.

“Malah wanita itu dipercayai datang bersama rakan wanitanya berusia 26 tahun yang turut dicekup berkhalwat di bilik berasingan di situ dengan lelaki Bangladesh berusia 35 tahun pada jam 12.45 tengah hari,” katanya.

Anwar Shariffudin berkata, kedua-dua wanita itu bekerja di sebuah kilang plastik dan mengenali lelaki Bangladesh itu melalui aplikasi We Chat.



Beliau berkata, wanita yang ditahan di sebuah lagi bilik juga sudah berkahwin tujuh tahun tetapi belum mempunyai anak.

“Dia turut memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan bersama rakan,” katanya.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Anwar Shariffudin berkata, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan. BH



Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker