Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa

PH, Perikatan Nasioanl (PN) dan Mahathir Perkudakan Sistem Perundangan Negara

Oleh Nurul Aisyah

Tiada siapa akan selamat jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda. Itu merupakan satu kenyataan yang tepat mengambarkan situasi yang berlaku ketika PH memerintah negara.

Walaupun pemerintahan PH hanya bertahan 22 bulan namun kekejaman yang mereka lakukan terhadap pemimpin parti lawan sangat sadis. Dengan gabungan licik PH bersama Mahathir, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga dikatakan telah dinafikan perbicaraan yang adil sehingga terpaksa menjalani hukuman penjara.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan peguam Shafee Abdullah daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib.

Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie apabila gagal membuktikan bahawa dua keping cek dimana satu bernilai RM4.3 juta dan satu lagi RM5.2 juta adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang. Saksi pihak pendakwaan sendiri hanya menunjukkan bahawa cek telah dimasukkan ke dalam akaun Shafee, di mana tertuduh sendiri tidak menafikan menerima wang tersebut.

Ketika pertuduhan AMLA terhadap Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan Najib mendapat perbicaraan yang adil. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili Najib di mahkamah.

Malah hakim bagi kes Najib telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap beliau. Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Anwar Ibrahim. Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya.



Melalui paparan beberapa dokumen, Najib mendedahkan beliau menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.

Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya ke-12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi. Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.

Dakwaan yang dibuat terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.



Pendakwaan menindas Tan Sri Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia dilakukan beberapa hari selepas Tan Sri Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Perdana Menteri yang mengarahkan beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat DatukK Seri Anwar, satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Mahathir dimana pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu.

Pemilihan masa bagi menuduh Tan Sri Shafee juga mengejutkan kerana ketika itu Najib masih tidak lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes tersebut. Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah. Kejamnya kerajaan PH 22 bulan itu.

Penindasan terhadap Tan Sri Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan PH Lim Guan Eng, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.

Malah, lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan tersebut.



PH secara nyata memperkudakan undang-undang negara demi kerakusan kuasa dan dendam peribadi terhadap pemimpin kanan parti politik yang menjadi seteru mereka. Kini mereka membawa naratif kononnya parti lawan mereka sinonim dengan rasuah sedangkan pertuduhan rasuah tersebut dilihat sebagai tindakan penganiayaan PH terhadap musuh politik dengan “menunggang” sistem perundangan negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker