Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman

#PRU15

Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman

Tidak mustahil akan lahir sekali lagi giant killer mengalahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Itu pandangan bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar yang pernah digelar giant killer kerana mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum.

Malah dalam PRU15, beliau yakin giant killer boleh mengalahkan Presiden Pas itu sekali lagi oleh calon Barisan Nasional (BN).

“Tak mustahil giant killer kedua bakal dilahir atau kembali lagi (selepas beliau),” ujarnya.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu pada PRU 1986 dan PRU 2004.

Ia boleh menjadi realiti sekiranya tidak berlaku amalan ‘cah keting’ dan jentera BN bersatu hati.

Lebih-lebih lagi difahamkan Parti Amanah Negara dijangka meletakkan calon di Parlimen Marang yang berpotensi memecah undi Pas.

Menurut Abdul Rahman, kekalahan calon BN kepada Abdul Hadi sebelum ini sebenarnya amalan ‘cah keting’ dalam BN sendiri.

“Jika ini dapat dibendung, tak mustahil calon BN kali ini boleh menang kerana saya pernah membuktikannya,” katanya. MG

Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker