Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas

Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas

Tiada keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) mengulas mengenai hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (STF) terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata sebaliknya terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada bekas Peguam Negara itu benar-benar melanggar undang-undang.



“Kami tidak perlu menjawab untuk Thomas. Dia adalah bekas AG (Peguam Negara) dan dia bukan pemimpin PH. Dia juga bukan ahli mana-mana parti politik,” katanya yang percaya Thomas akan dapat mempertahankan dirinya sendiri.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam bahawa tindakan berdiam diri PH dan Perikatan Nasional (PN) berkaitan hasil siasatan STF terhadap buku tulisan Thomas menunjukkan seolah-olah dua gabungan parti itu bersalah.

Dalam pada itu, Loke berkata pihaknya tidak akan terperangkap dengan isu yang dimainkan berkaitan bekas Peguam Negara itu yang diyakini bermotifkan politik.

“Kita tahu (Ismail Sabri) menggunakan isu ini sebagai peluru. Kita tahu mereka mahu mempolitikkan ini dan memanfaatkannya untuk pilihan raya, jadi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap itu,” katanya.



Hasil siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.

STF turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072. BH

NOTA : Cuba kalau ia mengaitkan BN atau UMNO tengok macam mana DAP akan gunakan isu itu. Kononnya Tommy bukan ahli PH tak mahu ulas.

Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker