PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf

PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf

Diamnya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) khususnya PPBM berkaitan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas buku Tommy Thomas menunjukkan bahawa mereka bias serta hanya menjaja konsep integriti untuk memburukkan pihak lawan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka tidak berani mempertahankan Integriti tersebut hari ini apabila situasi tidak memihak kepentingan politik mereka.



“Sudah lebih 48 jam laporan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas buku Tommy Thomas didedahkan oleh kerajaan. Namun belum ada pimpinan utama PH ataupun PN yang berani menyatakan pendirian tegas dalam isu ini.

“Ini adalah sesuatu yang amat janggal sedangkan PH dan PN seringkali bercakap soal kebebasan hakim. Kerajaan BN bermula zaman Pak Lah telah berusaha termasuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 2009 bagi memastikan hakim-hakim yang dilantik bebas daripada campur tangan politik.

“Tetapi bermula zaman PH, lantikan hakim-hakim ini ditentukan oleh Peguam Negara dan Perdana Menteri yang sudah tentunya mempunyai kepentingan tersendiri,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Asyraf, mereka (UMNO/Barisan Nasional) tidak mempertikaikan kewibawaan para Hakim sebaliknya memandang kesan yang berlaku kepada imej kehakiman.



“Kita tidak mempertikaikan kewibawaan para hakim atau keputusan yang mereka telah buat dalam kes-kes tertentu. Itu adalah isu yang berbeza.

“…yang berlaku sekarang adalah imej kehakiman. Bagaimana dunia luar dan rakyat melihat negara kita sekiranya hakim-hakim utama didakwa mendapat lantikan melalui tekankan politik pihak tertentu,” katanya lagi.

Katanya, ternyata tindakan PH dan PN mendiamkan diri mengenai isu Tommy Thomas membuktikan mereka bias dalam soal integriti.

“Tapi nampaknya PH dan PN berdiam diri. Langsung tidak berani mengutuk sebarang dakwaan Tommy Thomas yang telah mencalar tunjang keadilan negara.



“UMNO tidak pernah memilih-milih integriti dan kami sanggup mengakui kesilapan dan memperbaikinya. UMNO mengakui pada zaman Perdana Menteri ke-4 dahulu kerajaan telah bersikap tidak adil kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas dan lima yang lain melalui pembayaran ‘ex-gratia’ pada 2008,” katanya lagi.

Dalam pada itu Asyraf berkata, UMNO sering mengakui dan memperbaiki diri meskipun ianya dibuat oleh generasi lepas yang meninggalkan parti.

“UMNO mengakui adanya kerosakan imej sistem kehakiman dan memperbaikinya melalui siasatan Suruhanjaya Diraja pada 2007. Hasil siasatan inilah yang menghasilkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman agar lantikan hakim adalah bebas daripada pengaruh politik

“UMNO sentiasa mengakui dan memperbaiki diri walaupun kesilapan itu dibuat oleh generasi lepas yang telahpun meninggalkan parti. Tetapi PH dan PN nampaknya amat hipokrit dan bersikap selektif sehingga tidak berani menyatakan pendirian tegas dalam isu Tommy. Inilah wajah sebenar kedua-dua PH dan PN,” katanya lagi. – UMNO Online



PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker