Khairy tayang bakat main gitar (Video)
Khairy tayang bakat main gitar (Video)
Siapa sangka Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat terpendam dalam muzik dan mampu bermain gitar dengan baik.
Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Rembau itu dirakam beraksi dengan artis tempatan, Jude Macson Bensing di atas pentas.
Rakaman video yang memaparkan penampilan istimewa Khairy yang dilihat menggunakan gitar jenis Fender Stratocaster itu tular setelah dikongsi melalui laman Instagram milik Ilwoo Noah Lee @papaleepup.
Pada permulaan rakaman, Khairy beraksi lincah dengan memetik gitar sambil melompat sehingga kedua-dua kakinya tidak menjejak pentas.
Sebahagian besar netizen yang menyaksikan video tersebut menyatakan mereka tidak menyangka Khairy juga mempunyai bakat seni.
“Woah saya tidak tahu Khairy boleh bermain,” kata seorang netizen.
“Wahhhhh rockstar la sekarang,” komen netizen yang lain.
Ada juga netizen yang berseloroh, “Boleh la nanti battle of the band dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).”
Video tersebut menerima hampir 3,000 sukaan dan 160 komen setakat ini. MG
Khairy tayang bakat main gitar (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk