Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menghulurkan tangan pendamaian dengan Anwar Ibrahim, menjelang pilihan raya umum bulan depan.

Kata Mahathir, jika perlu memulakan langkah itu, dia akan melakukannya demi mengelakkan kerosakan pada negara.

“Saya bersedia bertemu dengan Datuk Seri Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya.



“Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan,” katanya.

Penyandang kerusi parlimen Langkawi itu juga berkata, dia tidak kisah jika dengan tindakan itu akan ada pihdak menganggap dia menjilat semula ludah sendiri.

Menjelaskan cadangannya itu Mahathir berkata, apa yang penting dicapai oleh kedua-dua pihak adalah menyekat parti lain daripada merosakkan negara.

“Kejatuhan Najib Razak menunjukkan kita boleh boleh bekerjasama,” katanya dalam pesanan video yang dimuat naik di media sosial hari ini.



Sejarah hubungan presiden PRK dan pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memang panjang dan mengalami naik turun yang ketara.

Pada 1998 perseteruan kedua-dua mereka mencapai kemuncak apabila Anwar dipecat daripada kerajaan serta parti dan membawa kepada pendakwaan ke atasnya di mahkamah.

Di sebalik kekeruhan berkenaan, Anwar dan Mahathir berdamai ketika parti pembangkang bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Pada Sept 2016 – atau hampir 20 tahun – Mahathir menemui Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan detik bersejarah itu kemudian berlanjutan kepada pembentukan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Bersatu.



Kejatuhan kerajaan PH melalui pembelotan Bersatu serta sekumpulan ahli parlimen PKR kembali mengeruhkan hubungan kedua-dua mereka dengan kebanyakan penyokong Anwar meletakkan kesalahan kepada Mahathir.

Mahathir dan penyokongnya pula menuding kepada Anwar atas kejatuhan kerajaan PH.

Ketika ini, kata Mahathir, keadaan semasa politik memerlukan satu lagi pertemuan dengan Anwar.

Anwar yang juga pengerusi PH sebelum ini membayangkan masih ada ruang untuk PH bekerjasama dengan Mahathir dan Bersatu melalui syarat tertentu.



Namun PAS – yang menjadi parti komponen Perikatan Nasional – menolak sekeras-kerasnya kerjasama dengan PH.

Pada masa sama penyokong PH menganggap sebelum ini Mahathir gagal menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar jika gabungan tersebut berjaya membentuk kerajaan melalui PRU ke-14.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker