Amanah bincang calonkan Khairuddin?

#PRU15

Amanah bincang calonkan Khairuddin?

Amanah menafikan ia terbuka untuk menerima bekas pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Kuala Nerus pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ia susulan tular tangkap layar laporan memetik Naib Presidennya, Mahfuz Omar bahawa Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan Khairuddin bagi mewakili parti itu bertanding di Kuala Nerus.

Tangkap layar itu turut memaparkan gambar Mahfuz dan Khairuddin duduk bersebelahan.



Menjelaskan perkara itu, Mahfuz berkata, penyertaan Khairuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus tidak pernah dibincangkan parti itu dan pihaknya tidak pernah “berniat” menjemput Khairuddin menyertai blok pembangkang.

“Tiada bincang apa pun, saya pun tak tahu (laporan itu wujud). Tiada perbincangan apa pun dan kami tak pernah berniat pun (calonkan Khairuddin) kerana senarai calon dah siap dah.

“(Laporan itu) tidak betul…tiada, tiada,” katanya kepada FMT.

Khairuddin pula menyifatkan laporan itu sengaja direka pihak tertentu.



“Tangkap layar tentang Amanah tu saya rasa ‘saraf’ pihak tertentu,” katanya sambil menambah beliau akan menamatkan teka-teki mengenai masa depannya di Kuala Nerus menjelang hari penamaan calon.

“Isu bertanding akan dimuktamadkan nanti apabila penamaan calon,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ketika ini, katanya, beliau hanya fokus berkhidmat kepada masyarakat Kuala Nerus agar rakyat di kawasan yang diwakilinya selama dua penggal itu tidak merasai kekosongan dari sudut kebajikan.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat. Beliau kemudian mengumumkan “berhenti” daripada PAS pada Mac.



Pada 26 Sept lalu, Khairuddin dilaporkan berhasrat mempertahankan Parlimen Kuala Nerus pada PRU15 dan akan mengumumkan sama ada menjadi calon bebas atau bertanding atas tiket parti lain selepas Parlimen dibubarkan.

Selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas, Khairuddin dilihat kerap muncul bersama pemimpin Umno sehingga timbul desas-desus beliau akan menyertai parti itu pada PRU15 untuk menjadi calon BN di Kuala Nerus.

Bagaimanapun, Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said pada Isnin lalu menegaskan BN tidak pernah menamakan Khairuddin sebagai calon di Kuala Nerus dan tiada sebarang rundingan antara kedua-dua pihak berhubung perkara itu. FMT

Amanah bincang calonkan Khairuddin?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker