Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin menafikan video atas katil yang tular di media sosial sebagai disengajakan sekaligus menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran paling mudah untuk memancing khalayak.
Katanya, tiada keperluan untuk berbuat sedemikian apatah lagi klip singkat tersebut dibocorkan pihak lain yang berada di set penggambaran video promosi syarikatnya.
Malah isteri Asyraf Khalid itu menegaskan orang ramai mudah membuat telahan hanya bersandarkan video berdurasi 19 saat tanpa melihat keseluruhan penceritaan yang ingin disampaikan.
“Sejujurnya apa yang berlaku selepas sesi penggambaran hingga ada individu berkongsi sedutan klip video yang ketika itu belum dilancarkan adalah di luar kawalan kami.
“Saya pun enggan menyalahkan sesiapa kerana sebelum itu kami sudah nyatakan rakaman yang dilakukan khusus untuk pelancaran produk baharu, tapi tak sangka dibocorkan pula.
“Bagi saya, spekulasi diperkatakan mengenai saya ‘posing’ atas katil yang didakwa kurang manis selain babak di bilik mandi mungkin disebabkan orang belum lagi tengok keseluruhan video.
“Sebagai wanita berstatus isteri dan ibu, saya sentiasa menjaga nama baik keluarga. Apa pun terima kasih atas keprihatinan anda semua,” katanya.
Tya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicara Next To Neelofa, baru-baru ini.
Terdahulu, ramai terkejut melihat sedutan klip yang menunjukkan seorang wanita dipercayai Tya
memakai gaun merah berbaring di atas katil.
Menerusi paparan lain pula kelihatan sosok tersebut memegang bahu seorang lelaki selain terdapat satu lagi babak dalam air serta memakai ‘bathrobe’.
Meskipun video itu kurang jelas, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan Tya memilih konsep penggambaran yang disifatkan agak ‘daring’.
Enggan melatah, pemilik nama penuh Nurtria Wulandari Arifin, 27, itu mengakui melihat perkara yang berlaku ini sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Kata Tya, pihak syarikat akan memastikan untuk memperketatkan prosedur semasa dan selepas penggambaran supaya tidak berkongsi apa-apa hingga video rasmi dilancarkan.
“Awalnya memang saya terkesan apabila dituduh bukan-bukan namun selepas itu saya kembali positif kerana semua ini terjadi bukan kehendak kita.
“Jadi jangan cepat melatah, sebaliknya tangani setiap perkara di luar kawalan ini dengan tenang. Malah saya pun enggan jadikan ia isu besar.
“Apa yang kita boleh kawal adalah fikiran dan emosi kita sendiri supaya jangan biarkan diri terjerat dengan tekanan selain hindari negativiti,” luahnya lagi. K Online
Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu