Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli, MB dan TMB Kelantan?

Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli, MB dan TMB Kelantan?

Dua nama yang dipercayai dipersembahkan sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baharu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini.

Dua nama berkenaan dipercayai bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.



Mohamed Fadzli juga calon yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan.

Selain itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dipercayai turut terrsenarai sebagai calon.

Mohd Nassuruddin adalah calon yang memenangi kerusi DUN Meranti Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelmarin.

Setakat ini, kuat mengatakan dua individu berkenaan akan bergabung sebagai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu iaitu gabungan agamawan dan teknokrat.



Sumber pimpinan PAS berkenaan, berkata di antara dua nama berkenaan sekiranya Sultan Kelantan memilih seorang daripada calon berkenaan sebagai Menteri Besar, maka seorang lagi akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.

“Difahamkan dua nama berkenaan yang dihantar untuk pertimbangan Sultan Kelantan hari ini.

“Sekiranya mendapat perkenan Sultan Kelantan, dua nama berkenaan akan bergabung sebagai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar baharu dengan gabungan agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan itu jika menang PRN esok.



Katanya, gabungan kepimpinan di Kelantan membabitkan tokoh agamawan dan tokoh teknokrat itu tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. BH

Mohd Nassuruddin dan Mohamed Fadzli, MB dan TMB Kelantan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker