Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah

 

SHAH ALAM – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.

Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.

“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.

“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.

“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.

 

Sementara itu ketika ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, Dr Siti Hasmah berpandangan tempoh setahun sudah memadai bagi tokoh itu memimpin negara.

“Kalau rakyat mahukan dia jadi Perdana Menteri, dia rela tetapi hanya untuk setahun, selepas itu masyarakat mesti tahu yang dia (Dr Mahathir) dah umur 97 tahun.

“Kita mahu lihat orang muda ambil alih, tetapi untuk permulaan jika tiada siapa yang dirasakan layak dan kalau itu harapan rakyat, dia akan terima untuk setahun sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu berkongsi pengalamannya kembali bergelar isteri Perdana Menteri selepas PRU14 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah berkata, bukan mudah untuk beliau menyesuaikan diri pada permulaannya.

“Dulu saya masih muda, mata terang, masih cergas, saya bergaul dengan masyarakat, (menyertai) banyak persatuan.

“Lama kelamaan selepas 22 tahun, badan dah tak kuat, mata tak nampak, nak berjalan pun kena berhati-hati takut jatuh, saya pun kena jaga kesihatan kalau nak jaga suami,” katany

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker