Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari

Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengakui, beliau antara yang membantah keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai kerajaan campuran selepas Pakatan Harapan (PH) jatuh pada 2020.

Kata Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan itu, beliau tidak bersetuju dengan keputusan parti kerana kecewa sikap segelintir Ahli Parlimen dari UMNO melompat ke parti Bersatu.

Jelas beliau, selepas berada dalam Bersatu yang ketika itu sebahagian daripada komponen PH, mereka menghina dan mengkritik UMNO semahu-mahunya.



“Kemudian, selepas kerajaan mereka (PH) jatuh dan Bersatu lari bersama sekumpulan Ahli Parlimen dari PKR, mereka memujuk UMNO dan BN untuk membentuk kerajaan baharu.

“Malangnya, pucuk pimpinan UMNO dan BN bersetuju dengan tawaran itu dan menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran yang mana Perdana Menterinya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya dipanggil oleh pucuk pimpinan ketika itu dan mereka menjelaskan kenapa UMNO dan BN menyertai kerajaan baharu itu dan saya terima alasan yang diberikan,” katanya.

Katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.



Menurut bekas Menteri Kewangan II itu, antara alasan UMNO, BN menyertai kerajaan campuran demi menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara yang rosak teruk akibat kegagalan pemerintahan 22 bulan PH.

Jelas Johari, PH sebenarnya tidak mempunyai pengalaman mentadbir urus kerajaan kerana selama 61 tahun mereka terlibat dalam politik selama ini hanya sebagai pembangkang.

“Apa yang berlaku selama 22 bulan mereka memerintah, mereka telah merosakkan negara sebegitu rupa iaitu ekonomi menguncup, hutang negara dan kadar pengangguran bertambah.

“Oleh itu, selepas kerajaan campuran diwujudkan, UMNO dan BN berjanji akan mengasak pimpinan baharu supaya pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil dalam diwujudkan.



“Tetapi, selepas 17 bulan pentadbiran kerajaan baharu, Muhyiddin meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penganti,” katanya.

Namun kata beliau, walaupun Ismail Sabri dari UMNO, BN menjadi Perdana Menteri, kaki tangannya telah ‘diikat’ dan mulut ‘ditutup’.

“Maknanya, Ismail Sabri kerana membuat perjanjian agar Perdana Menteri tidak boleh memecat mana-mana Menteri dari Bersatu.

“Dalam pada itu, UMNO telah memeterai ikatan kukuh dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dan selesa dengan kerjasama itu.

“Tetapi, Pas pula selepas menyertai kerajaan campuran, mereka lebih selesa dengan Bersatu dan mengajak UMNO supaya memasukkan parti serpihan itu dalam MN. Ini tidak dipersetujui UMNO,” ujarnya.

Katanya, beliau membantah usaha Pas itu dan menganggap ia sebagai kerja gila yang dibuat oleh pimpinan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

“Saya bantah dan saya kata ini kerja gila, kerana kita baharu saja wujudkan MN, tiba-tiba Pas pula ajak kita supaya terima Bersatu dalam MN dan pada masa sama kerajaan campuran menamakan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kerajaan PN ini pula tidak ikhlas menyebabkan mereka tumbang dan kerajaan yang diambil alih oleh Ismail Sabri dinamakan kerajaan Keluarga Malaysia.

“Ismail Sabri seorang pemimpin berjiwa besar dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU ke-15 tahun ini,” katanya.

Sekarang, katanya, UMNO, BN mempunyai tidak lebih 40 hari untuk mempersiapsiagakan jentera parti di seluruh negara, walaupun ada beberapa negeri pimpinan Pas dan PH tidak membubarkan DUN serentak. MG

Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker