Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Pelakon Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan pengarah Syamsul Yusof disahkan tiada dalam filem prekuel Mat Kilau oleh penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali.

Menurut Abdul Rahman, ketiadaan dua pelakon utama filem tersebut kerana watak mereka tiada kena mengena dengan jalan cerita prekuel Mat Kilau.



Sementara, ketiadaan Syamsul pula disebabkan pihaknya mahu memberi peluang kepada pengarah lain.

“Memang ada beberapa pelakon sudah ditawarkan watak kecuali Adi Putra dan Beto kerana watak mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel itu.

“Kami tiada masalah cuma kali ini mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara,” kata Abdul Rahman.

Ditanya adakah ketiadaan ketiga-tiga tunjang utama filem Mat Kilau itu disebabkan hubungan keruh antara mereka, Abdul Rahman bagaimanapun menafikan perkara tersebut.



“Kami tiada masalah dan bersikap profesional. Tetapi kami memang sudah lama tidak berkomunikasi kerana masing-masing sibuk,” ujar Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mendedahkan prekuel filem Mat Kilau akan menjalani penggambaran pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Abdul Rahman yang ditemui pada majlis santai Studio Kembara bersama media sebentar tadi turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan parodi Mat Kilau.

Filem Mat Kilau yang mendapat kutipan sebanyak RM97 juta mencipta rekod sebagai karya tempatan yang mencapai kutipan tertinggi. K Online



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker