Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir beberapa bekas ahli Parlimen UMNO sebelum ini mengambil keputusan keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Kenyataan dikeluarkan menjelang PRU15 itu dipercayai merujuk kepada tujuh orang ahli Parlimen daripada UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), iaitu parti gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Kisah pada Disember 2018 ini antara peristiwa yang masih diingati semua. Beberapa pemimpin UMNO keluar parti atas sebab yang semua sedia maklum.

“Dalam masa sama mereka mengugut Presiden UMNO supaya meletak jawatan atau seramai 10 lagi pemimpin UMNO akan menyertai mereka keluar parti. Mereka ketika itu memberi alasan kononnya Presiden UMNO tiada hala tuju dalam membawa UMNO menghadapi PRU15.

“Ketika mereka membuat desakan itu belum lagi menyertai Bersatu, tetapi mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas muslihat itu gagal, dua bulan kemudian baru mereka secara rasmi menyertai Bersatu dan PH,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Tujuh bekas ahli Parlimen UMNO yang menyertai Bersatu selepas PRU14 ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Ahmad Zahid berkata, mengambil kira hujah dikemukakan ahli Parlimen tersebut untuk keluar parti, beliau agak pelik melihat sikap ditunjukkan kumpulan tersebut terhadap pendirian UMNO mengadakan PRU15 sejak daripada tahun lepas lagi.

“Ironinya beberapa tahun kemudian mereka antara yang terlihat amat susah hati apabila UMNO minta PRU15 diadakan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos 2021.

“Sepatutnya mereka menyokong kerana UMNO telah pun membuktikan hala tujunya pada PRN Melaka, Johor dan juga hala tuju yang jelas untuk PRU-15. Iaitu untuk kembali membentuk sebuah kerajaan BN yang dominan demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.

“Apapun inilah antara kisah nyata dan benar berpandukan fakta yang harus menjadi pengajaran mendewasakan selepas sejarah hitam 9 Mei 2018 terjadi di Malaysia,” ujarnya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

One Comment

  1. Baguslah siap tunjukkan gambar dan kawasan parlimen. Senang nak cam. Kalau dapat buat untuk DUN pula.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker