Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid

Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kenyataannya pada Perhimpunan Agung MIC Isnin lalu disalah tafsir oleh lawan bagi menjatuhkan imej pemimpin gabungan itu.

Presiden Umno itu mempertahankan kenyataannya pada Isnin lalu dengan berkata, mesej yang cuba disampaikannya kepada pemimpin BN ialah mereka akan berdepan “pendakwaan terpilih bermotifkan politik”, jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Namun, ia akan menjadi suci dan selamat jika bersekongkol dan bersama dengan mereka. Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup lompat parti untuk menyelamatkan diri agar terus suci,” katanya dalam catatan di Facebook.

Isnin lalu, Zahid mengingatkan pemimpin BN yang mereka perlu menang besar dalam PRU15 bagi mengelakkan ditimpa nasib lebih buruk seperti pendakwaan politik yang dihadapinya ketika ini.

Susulan itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kenyataan Zahid itu adalah pengakuan pemimpin Umno bersalah dan pertandingan Umno dalam PRU15 demi menyelamatkan mereka daripada dibicarakan di mahkamah dan dihukum.

Zahid berkata, musuh BN takut dengan bayang-bayang sendiri dan mereka membantah PRU15 diawalkan kerana menjangkakan BN akan membalas dendam kepada mereka, sekiranya menang dalam pilihan raya.

“Lawan BN sedang ketakutan kepada istilah ‘what you give, you get back’ selepas kezaliman yang mereka lakukan semasa berkuasa.

“Seperti saya nyatakan berulang kali, saya tiada sifat dendam, sentiasa memaafkan, tapi tidak melupakan.” FMT

Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker