Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 – Najib Razak

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan.

Pelabur tempatan dan pelabur asing kurang melabur sebab bimbang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan asyik bertukar-tukar.

Ini menyebabkan ekonomi negara lembab dan negara semakin ditinggalkan negara-negara lain sejak 4 1/2 tahun lalu.



Ianya masalah yang turut dihadapi negeri Johor dan juga mesej yang disampaikan Najib bagi kempen PRN Johor.

Negeri Johor dipimpin oleh empat Menteri Besar berasingan dari tahun 2018 hingga 2020. Kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang amat tipis telah menyebabkan pelaburan ke dalam Johor jatuh mendadak.

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14

Sebelum PRU14, Johor biasanya menduduki tempat pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri.

Pada tahun 2018, Johor masih pada tempat pertama tetapi jatuh ke tempat ke-empat pada tahun 2019 dan tempat ke-lima bagi tahun 2020 dan 2021.




Baca Artikel Menarik:


Sebab itu, Najib minta pengundi Johor untuk mengembalikan sebuah kerajaan negeri yang kompeten dengan majoriti yang tinggi semasa kempen PRN Johor pada awal tahun ini bagi memulihkan ekonomi Johor dan membolehkan negeri merangka pelan ekonomi jangka masa panjang yang konsisten.

Usaha ini berjaya. Keyakinan dan kesanggupan pelabur berjaya dipulihkan.

Akibatnya, pelaburan di Johor menaik 822% setakat tahun ini dan Johor kembali dari tempat kelima ke tempat pertama ketika ini.

Begitu juga selepas PRN Melaka. Biarpun ianya sebuah negeri yang kecil, negeri Melaka berjaya menaik dari tempat ke-sembilan tahun lepas ke kedudukan ke-lima selepas PRN Melaka.



Seperti dititah YDPA dan diramal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara dijangka menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.

Bulan Ramadan tahun 2023 pula dijadualkan berlangsung dari 22 Mac hingga 21 April.

Perayaan Hari Raya Puasa 2023 pula bermula dari 22 April.

Ini bermakna sekiranya kita tidak mengadakan PRU15 pada awal bulan November sebelum musim tengkujuh bermula, peluang paling awal untuk PRU15 ialah pada bulan Mei 2023.

Ini juga bermakna kita tetap akan mempunyai kerajaan tak stabil selama 7 bulan lagi dari kini hingga Mei 2023 untuk menghadapi krisis ekonomi global yang diramal menimpa sekiranya PRU15 tidak dibuat sekarang.

Ekonomi negara sudah terkesan selama 4 1/2 tahun dan negara tidak boleh menghadapi krisis ekonomi global teruk yang akan datang dengan kerajaan yang tidak stabil selama 7 bulan lagi sebab perancangan ekonomi perlu dibuat dan diperkukuhkan secepat mungkin.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini semua salah lanun bola – TMJ

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker