Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail

Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyalahkan Muhyiddin Yassin dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menjejaskan keharmonian Jemaah Menteri sehingga menyebabkan kerajaan tidak dapat dipertahankan dan memaksanya membubarkan Parlimen.

Beliau merujuk tindakan 12 menteri terbabit mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentang pilihan raya umum ke-15 diadakan tahun ini dan Muhyiddin mengisytiharkan Barisan Nasional sebagai musuh utama PN pada pilihan raya.



Katanya, tindakan Muhyiddin itu sebagai punca perpecahan dalam kerajaan, ketika PN menjadi sebahagian daripada pentadbirannya.

“Muhyiddin juga selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pernah membuat kenyataan yang menyarankan Parlimen dibubarkan kerana mendakwa kerajaan gagal dalam menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.

“Tindakan menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi perdana menteri, yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada rakyat.



“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang.”

Kenyataan Ismail menyusul titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam bahawa baginda tiada pilihan kecuali memperkenankan permintaan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 kerana kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Minggu lalu, Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin mengesahkan 12 menteri PN mengutus surat kepada Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak PRU15 diadakan tahun ini kerana kebajikan rakyat perlu diberikan tumpuan ketika ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan 12 menteri PN itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ismail.



Terdapat 31 menteri dalam Jemaah Menteri Ismail, dengan 13 dari Barisan Nasional, 12 dari PN, empat dari Gabungan Parti Sarawak dan masing-masing satu dari Gabungan Rakyat Sabah serta Parti Bangsa Malaysia. FMT

Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker