Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15

Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Gerakan Dominic Lau berkata gabungan tiga parti dalam PN bersetuju dengan cadangan itu dan sudah bersedia untuk memasuki gelanggang pilihan raya dan seterusnya memastikan kemenangan mereka.



“Kita katakan kita menang dalam PRU15, kita menubuhkan kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat dan kita akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebagai perdana menteri yang kesepuluh,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PN Pahang di Kerdau, dekat Temerloh, malam tadi.

Dominic turut meluahkan rasa pelik mengenai tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang begitu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya walaupun dibantah oleh pemimpin daripada PN dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya sendiri pun tak faham kenapa Umno dan Zahid Hamidi begitu bersungguh-sungguh mahu buat PRU15 segera.

“Cuma apa yang saya tahu, ada tiga sebab kenapa Umno nak PRU15 cepat.



“Sebab pertama kerana mereka tahu sokongan rakyat kepada Umno dan BN semakin menurun, kedua kerana ‘taktik kotor’ digunakan mereka ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka yang mana jika peratus keluar mengundi kurang, mereka fikir boleh menang.

“Faktor ketiga pula ialah kalau mereka menang, Zahid akan jadi perdana menteri (PM) dan bila dia jadi PM, kes dia akan digugurkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan (gambar, atas) berkata hubungan Umno dan PAS tidak mempunyai sebarang masalah pada peringkat awal sehinggalah Umno meminta PAS meninggalkan Bersatu.

“Memang pada awalnya Umno menerima PAS, Bersatu pun tiada masalah dengan PAS, tapi mereka (Umno) minta kita putuskan hubungan Bersatu.



“Saya beritahu, Bersatu tinggalkan PH untuk bersama kita menubuhkan kerajaan, takkan kita nak tinggalkan kawan kita apabila kita senang, kita berkawan waktu susah dan waktu senang,” katanya ketika berucap pada majlis PN itu. Mk

Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker