Saarani menghadap Sultan Perak esok, mohon perkenan bubar DUN

PRU15

Saarani menghadap Sultan Perak esok, mohon perkenan bubar DUN

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok, untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya akan mohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada esok, Rabu,” lapor Berita Harian.



Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, berkata DUN Perak hanya akan dibubarkan jika mendapat perkenan Sultan Nazrin.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ismail juga menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing, susulan pembubaran Parlimen kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, ketika ini hanya negeri dikuasai Barisan Nasional (BN) akan membubarkan DUN, manakala negeri lain belum menyatakan kesediaan sebaliknya menunggu penggal berakhir tahun hadapan.



Perak mempunyai 59 kerusi DUN. BN menguasai 25 kerusi DUN diikuti PN (7) manakala Parti Bangsa Malaysia (3). Pembangkang pula terdiri 24 ADUN iaitu DAP (16) Amanah (5) dan PKR (3). FMT

Saarani menghadap Sultan Perak esok, mohon perkenan bubar DUN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker