Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah

 

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan tiga syarikat.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Datuk Nallini Pathmanathan sebulat suara menolak permohonan semakan oleh Deepak, J. Rajesh dan Carpet Raya Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk mendengar merit rayuan mereka bagi mengembalikan semula tiga saman terhadap defendan.



Dalam penghakimannya, Nallini berkata, kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk perkara itu didengar semula.

“Tiada kesilapan di pihak panel hakim sebelum ini yang tidak memberikan kebenaran kerana panel itu tidak bertindak melebihi bidang kuasanya.

“Oleh itu, kami menolak permohonan untuk semakan,” katanya ketika menyampaikan keputusan dalam talian.

Nallini bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof yang turut memerintahkan Deepak, Rajesh dan syarikat mereka membayar kos RM100,000 kepada defendan.



Ketiga-tiga mereka memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Mei yang menolak permohonan mereka untuk mendengar merit rayuan bagi mengembalikan semula tiga saman mereka terhadap Najib, Rosmah,
Abdul Azeez, Bakti Wira Development Sdn Bhd, Boustead Holdings Berhad dan Cebur Megah Development Sdn Bhd.

Ini berikutan tiga saman itu dibatalkan oleh dua hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya menolak permohonan kebenaran mereka untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Deepak, Rajesh dan Carpet Raya memfailkan saman terhadap Bakti Wira Development Sdn Bhd, Najib, Rosmah dan Boustead Holdings Berhad berhubung perjanjian tanah yang didakwanya menyebabkan kerugian besar kepada syarikatnya.



Deepak juga memfailkan satu lagi saman terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Azeez dan satu lagi tindakan undang-undang terhadap Cebur Megah Development Sdn Bhd. – BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker