Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]

Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang

Hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki diculik sekumpulan individu di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, Ampang, semalam.

Video kejadian itu tular di media sosial, menunjukkan mangsa ditarik sekumpulan lelaki ke dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

Satu rakaman video juga memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar dan cuba menahan kenderaan itu untuk menyelamatkan mangsa.



Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika kejadian mangsa seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun berada seorang diri di restoran itu untuk makan.

“Semasa di dalam restoran berkenaan, sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan datang dan terus menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam Toyota Vellfire putih.

“Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Mangsa dilarikan menaiki Toyota Vellfire dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun dilepaskan suspek di Klang dan membuat laporan polis berhubung kejadian kira-kira 10.45 malam hari sama.



“Mangsa hadir ke balai polis dalam keadaan muka dan kakinya cedera,” katanya.

Farouk berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang antara mangsa dengan pihak majikan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek dan dalang kejadian culik itu giat dilakukan,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.



Dalam pada itu, Farouk berterima kasih kepada orang awam yang cuba membantu dalam kejadian itu. FMT

Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker