Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak

Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak

Seorang lelaki yang menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas keretanya rosak akibat terlanggar lubang berkata dia terpaksa berkorban masa, tenaga dan berdepan pelbagai karenah birokrasi serta dasar pihak berkuasa yang tidak masuk akal sebelum berjaya menang kes itu.

Bagaimanapun, selepas dibayar pampasan RM2,980 daripada pihak insurans PBT itu dua minggu lalu, Dr Fahrurrazi Hamid, 37, kini menyeru orang ramai mempertahankan hak mereka.



“Kita mesti tegas mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan supaya mereka lebih proaktif dalam memastikan jalan raya yang kita lalui selamat,” katanya kepada FMT. “Jangan putus asa(dalam mendapatkan pampasan akibat kerosakan yang tidak diselenggara).”

Selepas pada mulanya dinafikan pampasan oleh Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Fahrurrazi mendapatkan bantuan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Dia kemudiannya diberitahu bahawa tribunal tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara itu.

“Walaupun kecewa dengan MPKj dan tribunal, saya membuat kajian di internet dan mendapati individu boleh memfailkan tuntutan kecil di bawah RM5,000 di Mahkamah Majitret,” katanya.



Katanya, dia memfailkan tuntutan di mahkamah dan terpaksa menghadiri enam pengurusan kes dalam tempoh 12 minggu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan pada Julai lalu.

“Saya hanya mahu menegakkan hak saya. Wang bukan tujuan utama, ini adalah soal prisip,” kata Fahrurrazi yang mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

Dia menang kes itu dan mahkamah mengarahkan MPKj membayar tuntutan berjumlah RM2,980 untuk menggantikan empat rim (RM1,800), tayar (RM800), upah penjajaran roda (RM180) dan caj kereta tunda (RM200).

Fahrurrazi berkata semua pengguna jalan raya mesti memainkan peranan mereka sebagai pengguna dan pembayar cukai bagi mendesak PBT lebih bertanggungjawab.



“Saya bersyukur kejadian ini hanya merosakkan kereta dan saya tidak cedera atau kemalangan. Banyak kemalangan di negara ini berpunca daripada lubang di jalan raya yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Kita perlu mempertahankan hak kita walaupun ia mengambil masa yang lama dan menguji stamina.”

Kejadian itu berlaku pada September 2020 apabila Fahrurrazi memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Budiman Business Park. FMT

Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker