Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas

SEGAMAT – Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.

Beliau berkata, polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.



“Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 5 pagi, mangsa dibawa oleh rakan perempuannya ke sebuah rumah di sekitar daerah ini sebelum mangsa dirogol lapan lelaki itu.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota berjaya menahan lapan lelaki termasuk rakan wanita mangsa pada 25 September, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa telah dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Daerah Segamat (HDS)

“Suspek sebahagiannya adalah pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi



Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker