Wanita lihat suami curang menerusi mimpi jadi kenyataan

JAKARTA – Seorang wanita yang sering bermimpi mengenai kecurangan suaminya tidak menyangka bahawa mimpi tersebut sebenarnya adalah kenyataan, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Berdasarkan hantaran video yang tular di media sosial, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita yang berstatus isteri orang.

Hubungan tersebut selama ini disembunyikan dengan rapi.

“Penipuan suaminya terbongkar selepas isterinya sering bermimpi mengenai telefon bimbit dan seorang wanita lain.

“Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu apabila si isteri merampas telefon bimbit suaminya dan semuanya telah terbongkar,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Tambah keterangan video itu, suami wanita berkenaan dan kekasih gelapnya juga mempunyai anak hasil hubungan terlarang mereka.

Menurutnya, wanita itu dan suaminya tinggal di rumah sewa dan menjalani hidup sederhana. Suaminya bagaimanapun dikatakan sering membeli barangan mewah.

“Si suami gemar membeli barangan berjenama sedangkan anak dan isterinya hidup amat sederhana. Bahkan ada masanya si suami tidak memberikan wang untuk memasak,” tulis penceritaan  pada video berikutnya.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

“Yakinlah bahawa kamu akan mendapat yang lebih baik. Saya juga pernah berada di posisi anda,” kata seorang pengguna. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker