Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf

Dakwaan didera ala militan

Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf

Pertubuhan Kebajikan Darussolihin (Darussolihin) mengemukakan tuntutan ganti rugi masing-masing RM10 juta kepada dua individu yang memfitnah Madrasah Darussolihin, kononnya mendera seorang pelatih ala militan.

Notis tuntutan itu dikemukakan peguam yang mewakili Madrasah Darussolihin, Zahiah Nasir kepada wartawan Mediavariasi, Wan Norhayati Wan Alias dan bekas pelatih Darussolihin, Haris Ayub Mohideen.



Menurut beliau, kedua-dua notis tuntutan itu diserahkan ke pejabat Mediavariasi dan bapa kepada pelatih terbabit, Ayub Mohideen pagi semalam. Katanya, notis itu menuntut kedua mereka membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari bermula semalam melalui media elektronik, akhbar dan platform media sosial.

“Pagi ini (semalam), kami telah serahkan notis tuntutan kepada Wan Norhayati Wan Alias wartawan Mediavariasi.

Notis diserahkan di pejabat media ini dan sudah diterima. “Kita minta mereka buat tuntutan maaf dalam masa tujuh hari terhadap Madrasah Darussolihin melalui media yang kita tentukan dan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta.

“Tuntutan sama juga kita berikan kepada Haris Ayu Mohideen ini iaitu pelatih yang sebelum ini berada di Madrasah Darussolihin, juga tuntutan RM10 juta kerana telah membuat kenyataan mengenai dakwaan kena dera ala militan dan disiarkan di media-media,” katanya dalam sidang media bersama wakil NGO pimpinan PERKID di sini, malam tadi.



Baru-baru ini tular dakwaan ahli keluarga pelatih terbabit berhubung anaknya, Haris yang menjalani rawatan pemulihan di Madrasah Darussolihin telah didera secara ala militan.

Kenyataan itu disiarkan Mediavariasi tanpa mendapatkan maklum balas daripada pengurusan Madrasah Darussolihin. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni turut membuat sidang media menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kenyataan berkenaan.

Kata Zahiah, pihak yang diberi notis itu juga perlu memadamkan semua fitnah yang disiarkan di media sosial bagi mengelak tuduhan tidak berasas itu berlanjutan.

Jelas beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas itu dalam masa tujuh hari dan jika tidak ada apa-apa dilakukan, peguam akan memfailkan saman di mahkamah.



Selain itu, menurutnya, pihaknya juga akan mengeluarkan notis tuntutan kepada ibu pelatih, Zuraina Zamri dan seorang lagi anaknya, iaitu abang kepada Haris.

Sementara itu, Presiden PERKID, Masridzi Sat berkata, tuduhan militan ke atas Madrasah Darussolihin itu sebenarnya sangat bahaya.

Katanya, perkataan militan itu menyebabkan orang ramai menganggap pengganas yang melibatkan Taliban dan seolah madrasah berkenaan melatih pelatih seperti tentera. “(Tuduhan) ini bahaya.

Mereka perlu minta maaf atas tuduhan ini kerana ia akan memberi imej tidak baik kepada madrasah dan pondok pengajian agama di negara ini kerana dikatakan militan,” katanya.



Beliau yang juga Penasihat Khas Darussolihin menegaskan, keluarga berkenaan atau sesiapa sahaja perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan bersifat tuduhan dan sepatutnya siasat terlebih dahulu kalau ada aduan daripada anak. MG

Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker