Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang

Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang

Seremban: Warga emas bergelar datin yang ditemui maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya, Jumaat lalu disifatkan penduduk setempat sebagai seorang yang pemurah dan suka membantu penduduk.

Seorang penduduk dikenali Airil, 42, berkata, keluarga arwah Datin Noraida Nordin, 75, terutama suaminya, Datuk Madzlan Ahmad, 82, sangat dikenali penduduk kawasan perumahan mereka dan sekitar.

“Saya amat mengenali keluarga arwah, malah anaknya, Fandi adalah kawan saya dan kami berkawan baik sejak kecil lagi.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu datin meninggal dunia dalam satu kejadian samun. Saya amat simpati dengan kejadian yang menimpa arwah.

“Arwah dan keluarganya sememangnya orang baik dan sering membantu penduduk kawasan ini. Pernah ketika hari raya korban dulu, mereka menyumbang 15 lembu untuk disembelih,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abd Aziz, 35, turut memberitahu tidak menyangka insiden itu berlaku dan mengorbankan Allahyarham.

“Saya diberitahu mereka jenis pemurah dan suka membantu orang. Saya sangka kejadian ini berlaku,” katanya.

Difahamkan, jenazah arwah Noraida dikebumikan di Kampung Air Hitam, Chembong, semalam.

Media melaporkan polis mengesan Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau bagi membantu siasatan kes bunuh warga emas bergelar datin dalam kejadian di rumah mangsa di Taman Paroi Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilapor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 8.25 malam dan siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa dan beberapa barang peribadi mangsa juga telah hilang.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker