Percakaran TMJ, Sanusi kian panas

Percakaran TMJ, Sanusi kian panas

Percakaran antara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam media sosial sekali lagi menarik perhatian netizen.

Perbalahan kali ini lebih panas apabila Tunku Ismail melabel Menteri Besar Kedah itu sebagai pakar yang gagal menerusi hantaran dalam Instagram story, hari ini.

Tunku Ismail turut meminta Muhammad Sanusi supaya tidak membuka mulut dengan memberikan sebarang komen mengenai perkara yang tidak diketahui kebenarannya.

“Dari dulu baik zip sahaja mulut tu, makin banyak bunyi makin terserlah kebodohan.

“Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya pakar yang gagal,” tulis Tunku Mahkota Johor.

Awal pagi ini, Presiden Kedah FA itu menghangatkan perbalahan dengan Tunku Ismail apabila mempertikaikan kenyataan yang dibuat dalam sesi soal jawab bersama peminat yang diadakan malam kelmarin.

“Yang bising fasal jurulatih pasukan lain tu fasal apa? Agaknya fasal jurulatih tu dia tak boleh nak hubungi secara terus macam dia hubungi jurulatih pasukan lain sebelum ni agaknya.

“Dia nak ambik balik pemain yang dipinjamkan, dia hubungi jurulatih dengan pemain secara terus sahaja suruh balik, padahal perjanjian pinjaman dibuat antara pengurusan pasukan A dengan pengurusan pasukan B, bukan dengan jurulatih pun. Nampak tak lagak dia?

“Dia ingat dia boleh buat semua benda dan orang lain tak boleh berkata apa pada dia ke? Ni tahun 2022, bukan tahun 1422,” katanya menerusi kiriman dalam Facebooknya.

Membalas hantaran TMJ dalam Instagramnya hari ini, Muhammad Sanusi memuat naik tangkap layar hantaran itu dengan komen ‘panas tak apa, koyak jangan la’ dalam Facebooknya.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Kedah itu menutup ruang komen dalam akaun facebooknya.

Percakaran TMJ, Sanusi kian panas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker