Keputusan kes Presiden UMNO ditentukan mahkamah pagi ini

Tumpuan pagi ini terarah kepada hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, untuk keputusannya sama ada Presiden UMNO perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN).

Mohd Yazid dijangka mengumumkan keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi.

Sekiranya mahkamah berpihak kepada pendakwaan – yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Ahmad Zahid – maka presiden Umno itu akan dipanggil untuk membela diri.



Namun jika keputusan adalah sebaliknya, bekas timbalan perdana menteri berkenaan akan dilepas dan dibebaskan.

Jika Ahmad Zahid, , 69, diperintah membela diri, mahkamah akan mendengar keterangan daripadanya dan saksi pembelaan lain.

Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 Sept lepas.

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya – sebagai menteri dalam negeri – melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Okt 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Dia didakwa – sebagai menteri dalam negeri – menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan sebagai menteri dalam negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3,000,000; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.



Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Country Heights, antara Jun 2015 dan Okt 2017, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seramai 40 wartawan tempatan dan asing diberikan pas untuk mengikuti prosiding berkenaan menerusi satu pautan video di sebuah bilik. Mahkamah juga menyediakan 30 pas bagi jurugambar dan jurukamera video yang ditempatkan di lobi Kompleks Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

– Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)



Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker