Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Lambai peminat bukan tayang punggung

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Pelakon Janna Nick, 27, menyelar tindakan segelintir blogger yang sering menggunakan tajuk sensasi demi memancing emosi hingga mengakibatkan dirinya sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Meluahkan perasaan menerusi Instagram (IG) Story, beberapa jam lalu, Janna berkata, blogger perlu lebih bertanggungjawab dalam hasil kerja dan tidak sewenang-wenangnya menulis artikel yang boleh memalukan dirinya.

“Kadang-kadang saya tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun nak tajuk kejar ‘clickbait’, pastikan sumber sahih dan tidak memanipulasi pemikiran pembaca.



“Jangan sampaikan benda salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk sahaja,” tulis Janna.

Hantaran berbentuk luahan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu merujuk kepada beberapa artikel berkaitan video tular yang mendakwanya sengaja menayangkan bentuk pinggul ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Juang, baru-baru ini.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner berkata, video itu dibanjiri komen lucah hingga mendapat perhatian blogger yang kemudiannya memanaskan lagi keadaan dengan menggunakan tajuk sensasi dalam artikel dikeluarkan.

“Video viral ini adalah rakaman peminat yang datang ke majlis tayangan perdana filem. Saya menoleh ke belakang untuk melambai dan mengajak mereka bergambar bersama. Bukannya saya sengaja nak tayang punggung,” ujarnya.



Penyanyi lagu Gatal itu turut meluahkan kekesalan apabila perbuatan itu dianggap cuba menarik perhatian ramai.

“Habis tu nak kena buat apa? Kasihan jadi perempuan. Semuanya nak dijadikan simbol seks.

“Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun bernafsu. Kamu gatal…gatal…gatal,” tempelak kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu. BH

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker