Akulah Penyamun – PKR

Oleh Tun Teja

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah apabila seorang berbuat dosa pada malam hari kemudian, ALLAH SWT telah menutupi dosanya, lalu, dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. ALLAH SWT telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga dia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian, di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup ALLAH SWT daripada dirinya.” (Riwayat Muslim)



Kini PKR dilihat seolah-olah membuka aib mereka sendiri apabila Anwar Ibrahim menyanyikan lagu diubahsuai daripada lagu dalam filem Allahyarham P Ramlee Ali Baba Bujang Lapok (1961) pada program Piknik Rakyat anjuran PKR di Port Dickson pada 17 Sept lalu.

Ketika Anwar dan Rafizi menyanyi lagu tersebut secara beramai-ramai, PKR seolah-olah mengaku bahawa mereka adalah penyamun.

Memetik Facebook Ahli majlis tertinggi Umno Puad Zarkashi, sepatutnya PKR tambah pada lirik lagu itu “akulah penipu, pemfitnah, perogol dan peliwat” bagi melengkapkan pengakuan mereka.

Malah Puad turut mencadangkan PKR membuat lagu aku PM tepi. Bernas juga idea Puad tersebut.



Dalam siri kempen PKR , mereka membawa lagu kempen bertajuk “Aduh Malaysia” yang digubah oleh penyanyi rap Altimet. Penyanyi rap itu menyertai PKR awal tahun ini.

Imam al-Nawawi menyatakan, terdapat enam jenis mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’i iaitu membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim; membantu dalam menentang perkara yang mungkar dengan tujuan mengembalikan pelaku ke jalan benar dan menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.

Sememangnya kita tahu tujuan Anwar dan PKR bertindak menyanyikan lagu tersebut untuk memfitnah dan mengeji pemimpin lain namun ironinya secara tidak langsung Anwar seolah-olah membuat pengakuan bahawa PKR adalah penyamun. Akhirnya aib sendiri yang terbongkar.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker