Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap

Do Kwon iaitu pengasas kepada matawang kripto, Terra selepas individu terbabit enggan bekerjasama berhubung siasatan terhadap wang berjumlah AS$40 bilion (RM182.3 bilion) yang lesap selepas Terra runtuh.

SEOUL –  Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Do Kwon iaitu pengasas kepada matawang kripto, Terra selepas individu terbabit enggan bekerjasama berhubung siasatan terhadap wang berjumlah AS$40 bilion (RM182.3 bilion) yang lesap selepas Terra runtuh.

Seorang pegawai  daripada  Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul memberitahu, AFP hari ini bahawa mereka telah meminta pihak berkuasa membatalkan pasport Korea Selatan Kwon dan berkata, suspek kini melarikan diri daripada undang-undang.

“Kami memulakan prosedur untuk memasukkan dia ke dalam senarai notis merah Interpol dan membatalkan pasportnya,” kata pegawai berkenaan sambil menambah, Kwon memberitahu menerusi pasukan peguamnya bahawa dia tidak akan memberi kerjasama.

Keruntuhan platform  Terraform awal tahun ini menyebabkan wang pelabur-pelabur berjumlah AS$40 bilion lesap dan menggemparkan pasaran mata wang kripto dunia.

Sebuah mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Kwon, 32, yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke Singapura menjelang keruntuhan Terra.

Persoalan tentang lokasi keberadaan Kwon semakin panas selepas Polis Singapura menyatakan pada hujung minggu lalu bahawa suspek tidak berada di pulau itu.

Kwon yang masih aktif di laman Twitter menafikan kelmarin bahawa dia melarikan diri daripada undang-undang tetapi tidak mendedahkan lokasi persembunyiannya. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker