Trak pikap bertembung dengan motosikal menyebabkan lelaki maut

Keadaan trak pikap jenis Toyota Hilux selepas bertembung dengan sebuah motosikal di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang hari ini. – Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah trak pikap di laluan bertentangan di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Rizuan Hassan, 24, dari Kampung Setek, Kok Lanas dekat Ketereh terseret di atas jalan raya dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa melalui jalan berbukit, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.



“Insiden itu menyebabkan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa terseret di atas jalan raya sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pemandu Toyota Hilux itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker