Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat

Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat

Naib Presiden Umno Khaled Nordin membidas kenyataan penganalisis politik Wong Chin Huat, dengan berkata ia menyemarakkan api pemisah dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

Ini susulan dakwaan Wong yang mengatakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak mahu agar kedua-dua negeri itu “ditendang keluar” dari Malaysia.

“Really (sungguh)”, kata Wong di Facebook, “then you have got to do what the Singaporeans (PAP) did” (maka anda perlu buat apa yang dibuat oleh rakyat Singapura (PAP), memetik pemisahan negara pulau itu.



Menurutnya, Singapura mahu lebih daripada persekutuan dan ini telah mengancam Umno.

Beliau juga menyarankan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggesa dan menuntut perkara-perkara yang kononnya bersifat Borneo seperti sekularisme, kemajmukan dan pengurangan kuasa pusat.

Khaled berkata sebagai seorang aktivis politik, Wong tidak seharusnya mencetuskan sentimen sedemikian, sambil menambah bahawa perpaduan persekutuan Malaysia “memerlukan kedua-dua rakyat Malaysia Barat dan Timur untuk membina agenda masa depan”.

“Mengapi-apikan sentimen keluar dari Malaysia dan mengaitkan segala ketidakpuasan hati rakyat di lapangan dengan Umno bukanlah satu pendekatan yang matang dan progresif,” katanya di Facebook.



Beliau berkata, “menggalakkan perpecahan” bukan saja bersifat “jahat” dan “tidak bertanggungjawab”, malah, sangat “anti-nasional, anti-perlembagaan dan tidak patriotik”.

“Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang terbina secara unik. Negara kita didasari dengan nilai persefahaman, hormat-menghormati, semangat perlembagaan dan hubungan persekutuan-negeri yang jelas dan penting,” katanya.

Khaled menegaskan bahawa isu yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak harus diselesaikan dengan memastikan agenda pembangunan di semua negeri adalah sama.

“Berhenti menyeru kepada perpecahan dan pemisahan. Sumbangkan idea dan pandangan yang boleh menjadikan negara dan masyarakat kita lebih baik secara keseluruhannya,” katanya. FMT



Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker