Belalang penuhi langit Mexico

Penduduk di tenggara Mexico terkejut selepas melihat kumpulan besar belalang memenuhi langit pada Selasa lalu, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di bandar Merida dan Sinanche berdekatan Semenanjung kawasan Yucatan dengan pihak berkuasa tempatan dilaporkan bergelut untuk mengatasi serangga itu.

“Saya tidak akan membuka mulut saya lagi,” kata seorang pengguna aplikasi X ketika memuat naik gambar kejadian itu.

Beberapa video memaparkan jutaan belalang terbang melintasi laluan utama bandar itu ketika beberapa kereta dilihat dipandu di atas jalan.

Sejak 2020, masalah belalang dilaporkan semakin meningkat di sekitar negara-negara rantau Tanduk Afrika.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berjuta-juta belalang dikesan di Asia Barat dan Afrika bulan lalu.

Belalang juta itu berhijrah disebabkan oleh kekurangan makanan, kata PBB dengan menyatakan bahawa perubahan iklim menjadi pencetus kepada masalah tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker