Najib tidak dapat pembelaan sewajarnya dan dipenjarakan secara sangat tergesa-gesa

Mahkamah persekutuan yang dipengerusi oleh Maimun langgar arahan mahkamah yang masih berkuat kuasa dan melanggar kod etika hakim dalam Perlembagaan Persekutuan bila menolak permohonan peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik tarik diri

Oleh Norzahira

PERSOALAN samada Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dinafikan perbicaraan yang adil akan terjawab pada 31 Mac 2023 ini iaitu tarikh permohonan beliau untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes RM42 juta SRC.

Semakan kehakiman tertumpu kepada keesahan cara mahkamah membuat keputusannya iaitu menyemak samada prosedur keputusan adalah munasabah atau adakah mahkamah menyalahgunakan kuasanya.



Hujah utama yang dibawa peguam Najib dalam semakan ini ialah keputusan mahkamah persekutuan yang dipengerusi oleh Tengku Maimun telah melanggar arahan mahkamah yang masih berkuat kuasa dan melanggar kod etika hakim dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memetik sumber, ini berlaku apabila mahkamah persekutuan menolak permohonan peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri sehingga Najib tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dan dipenjarakan secara sangat tergesa-gesa.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia atau dunia di mana seorang peguam tidak dibenarkan untuk menarik diri dan dipaksa untuk duduk diam-diam dalam mahkamah.

Pekeliling mahkamah tahun 1960 yang masih berkuat kuasa adalah jelas bahawa mahkamah tidak ada kuasa untuk menghalang peguam yang ingin menarik diri.



Manakala perenggan 11 Kod Etika hakim dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memerlukan semua hakim untuk patuh kepada arahan dan pekeliling mahkamah sedia ada yang masih berkuat kuasa.

Sekiranya panel hakim bagi semakan ini memutuskan bahawa Tengku Maimun dan panel hakim telah melanggar pekeliling mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan maka Najib akan dibebaskan dari penjara secara serta-merta dalam masa 10 hari lagi.

Sekarang rakyat sedang menunggu apa lagi alasan yang bakal dicipta untuk terus memenjarakan Najib memandangkan semua rakyat malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa Najib perlu dibebaskan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker