Toyota Vios 2023 dilancarkan

Toyota Vios 2023 dilancarkan

UMW Toyota Motor melancarkan model generasi keempat Toyota Vios yang dipertingkatkan dengan prestasi lebih baik, pecutan pantas dan teknologi baharu.

Model terbaru itu menawarkan dua varian iaitu 1.5 E (AT) yang dijual pada harga RM89,600 dan RM95,500 bagi 1.5 G (AT).

Presidennya Datuk Ravindran K berkata, sambutan terhadap Toyota Vios Serba Baharu adalah luar biasa dengan jumlah tempahan melebihi 5,000 unit sejak pengumuman tempahan dibuka pada 24 Februari lalu.

Beliau berkata, penerimaan baik itu bukti populariti Toyota Vios Serba Baharu di pasaran tempatan.

“Tempahan itu datang daripada daripada pelanggan kita terdahulu yang pernah membeli Toyota Vios.

“Rekaan dalamannya cukup menarik dan selesa kerana diperbuat di kilang berteknologi di Bukit Raja, Klang dan kita yakin dapat menambat hati pelanggan termasuk golongan muda.

“Kita sasarkan bilangan tempahan akan meningkat kepada 8,000 menjelang akhir bulan ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran model generasi keempat Toyota Vios di sini, hari ini.

Mengguna pakai bahasa reka bentuk baharu, model Vios itu menampilkan rekaan lebih berkuasa dengan bayangan fastback.

Ia tampil dengan ciri bonet lebih panjang, kabin lebih selesa serta dimensi lebih rendah bagi menyerlahkan ciri seakan sedan mewah.

Vios Serba Baharu generasi keempat itu didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC Dwi-VVTI serta transmisi 7-kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic.

Ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) juga dilengkapi pada model ini dengan lima pilihan warna termasuk warna baharu Spicy Scarlet.

Pembelian model kereta itu juga membolehkan pelanggan mendapat jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan langganan percuma selama tiga tahun Toyota Vehicle Telematics System yang akan memantau lokasi kereta setiap masa.

Di samping itu, UMW Toyota Motor akan menawarkan pelbagai hadiah pandu uji eksklusif di semua bilik pameran di seluruh negara dari 24 hingga 26 Mac ini.

Pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (1800-8-869682) untuk bantuan dan maklumat lanjut. BH

Toyota Vios 2023 dilancarkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker