Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Mahathir berkata kerajaan tidak membenarkan orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati atau mengkritik kerajaan.

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Dr Mahathir Mohamad mengecam kerajaan kerana bersikap “diktator” selepas program “Proklamasi Melayu” menampilkan bekas perdana menteri itu yang dijadual hari ini dibatalkan.

Mahathir mengkritik kerajaan kerana tidak membenarkan program itu berlangsung dan berkata, orang Melayu ada hak untuk berkumpul dan suara mereka didengari.



“Ini adalah kerajaan diktator kerana tidak benarkan orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati atau mengkritik kerajaan.

“Tetapi ketika mereka menjadi pembangkang, mereka setiap minggu mengadakan demonstrasi,” katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya, beliau mungkin pernah digelar sebagai diktator ketika pemerintahannya, tetapi beliau berundur sebagai perdana menteri atas kerelaan sendiri.

“Diktator mana yang hendak letak jawatan?,” soalnya yang merujuk apabila beliau meletak jawatan pada 2003 dan sekali lagi pada 2020.



Semalam, penganjur dilapor memutuskan untuk menangguhkan acara itu selepas dua lokasi yang ditempah membatalkan tempahan itu. Kira-kira 300 peserta dijangka menghadiri acara itu.

Mahathir juga mempersoalkan mengapa kerajaan ketika ini sangat takutkan orang Melayu sehingga tidak membenarkan mereka berkumpul.

Katanya, orang Melayu ketika pemerintahan penjajah British dahulu diberi lebih hak untuk bersuara, berkumpul dan membentuk parti politik.

“Kerajaan sekarang diketuai Melayu tetapi mahu mendiamkan Melayu,” katanya yang merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. FMT



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker