Datin Paduka Eina Azman ada masalah rumahtanggakah?

Datin Paduka Eina Azman ada masalah rumahtanggakah?

Banyak berfikir menjadi punca pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 28, beremosi baru-baru ini sehingga luahannya menimbulkan teka-teki sama ada dia ada masalah peribadi.

Rupa-rupanya Eina sedih kerana tidak mendapat ucapan dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah terlupa tarikh hari jadinya.



“Akhir-akhir ini banyak kes orang ketiga. Dia pula tak ucap ulang tahun dan buat tak tahu saja. Selalunya bila hari jadi saya, dia akan ada.

“Saya tak nak semua ini, saya nak dia ucap saja macam selalu. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain,” katanya.

Semalam, Kaiser tampil membuat kejutan bersama jambangan bunga duit semasa pelancaran produk keluaran terbaharu Eina.

Ahli perniagaan itu menerusi TikTok meminta maaf tidak memberi ucapan selamat hari jadi kepada Aina pada 13 Mac lalu kerana ingin bagi kejutan berbeza dari tahun sebelumnya.



“Saya nak buat kejutan untuk dia tapi tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.

“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” katanya menerusi siaran langsung itu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun. HM

Datin Paduka Eina Azman ada masalah rumahtanggakah?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker