Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung

Seluruh kehidupan seorang lelaki hancur selepas mendapati dia mempunyai pertalian darah dengan ibu kepada dua anaknya yang masih kecil, lapor portal berita Mirror semalam.

Lelaki itu berkata, dia diterima sebagai anak angkat dua minit selepas kelahirannya  dan tidak tahu apa-apa tentang ibu bapa kandungnya kerana ia sebahagian daripada prosedur anak angkat secara tertutup.

Bagaimanapun, sejarah keluarganya terbongkar selepas dia menjalani ujian untuk melihat sama ada boleh menderma buah pinggangnya  kepada isteri yang dikahwini selama enam tahun.

Lelaki itu berkata: “Isteri saya jatuh sakit sejurus anak kami dilahirkan dan kini memerlukan pemindahan buah pinggang. Kami memeriksa dengan saudara-maranya, namun tidak ada yang sepadan.

“Saya tahu kebarangkaliannya kecil tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk melihat sama ada saya boleh mendermakan buang pinggang saya. Saya mendapat panggilan pada hari lain mengatakan bahawa ginjal saya sepadan.

“Doktor kemudian mengatakan sesuatu tentang ingin melakukan ujian tambahan kerana beberapa maklumat daripada keputusan ujian tisu HLA (antigen leukosit manusia). Saya tidak memikirkan lebih jauh  dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan ujian mendapati bahawa  lelaki itu dan isterinya mempunyai ‘peratusan padanan yang tinggi dan luar biasa’.

“Saya terkejut dan keliru. Doktor menjelaskan bagaimana maklumat DNA diturunkan daripada  generasi ke generasi, ibu bapa kepada anak boleh mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus padanan dan adik-beradik boleh mempunyai padanan 0-100 peratus,” tambahnya.

“Jarang ada padanan begitu tinggi untuk  suami dan isteri. Saya bertanya apa maksudnya,” katanya lagi.

Lelaki itu kemudian menjelaskan bagaimana dia bertemu isterinya lapan tahun lalu ketika bekerja jauh dari kampung halamannya.

Mereka  bertukar nombor telefon dan mengatur untuk bertemu setiap kali dia pergi ke negeri isterinya sehingga dia diberi peluang berpindah kerja ke sana secara kekal.

Dia berkata:  “Kami adik-beradik. Tidak, saya tidak bergurau. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk bergerak ke hadapan tetapi saya tahu ia mungkin salah. Dia ialah isteri saya dan ibu kepada anak-anak kami.”

Selepas berkongsi pengalamannya di laman sosial Reddit, pengguna berkongsi pendapat mereka tentang cara terbaik dia menangani situasi yang sangat malang ini. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker